Salam sukses & bahagia buat pengunjung www.kliniknlp.blogspot.com. Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik terapi penyembuhan minda pantas dari laman http://transcend-n-actualise.page.tl/Phobia-_-Pemulihan-Pantas.htm .
Tekniknya adalah seperti berikut :-
Tekniknya adalah seperti berikut :-
1.
Keadaan Menakutkan.
a.
Ambil masa seminit untuk
memikirkan kembali satu keadaan yang membuat anda menjadi takut (mungkin mula
dengan ketakutan yang ala kadar dan tidak terlalu intense, sebagai latihan
permulaan anda).
b.
Mungkin keadaan anda
semasa membuat satu persembahan dihadapan ahli-ahli majlis pengarah, atau
mungkin anda sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan utama persekolahan
anda, atau mungkin anda hanya ingin membuat panggilan ‘sales’ anda ke bakal
pelanggan anda, atau apa saja keadaan atau suasana yang membuat anda gerun
takut.
2.
Panggung Tayangan Minda Anda.
a.
Sekarang, dalam
pandangan anda didalam pemikiran anda, bayangkanlah yang anda ini sedang duduk
didalam satu panggung wayang yang besar luas. Lihat lah diri anda terpapar
di skrin tayangan itu seperti satu gambar 'tidak bergerak', beku dan bukan
sebagai satu movie. Bayangkan diri anda di skrin itu sejurus (5 atau 15minit
sebelum ianya berlaku) sebelum anda mengalami satu adegan ketakutan anda itu,
yang kali pertama anda mengalaminya.
3.
'Keluar Dari Badan' Anda.
a.
Sekarang bayangkan yang
anda melayang keluar dari tubuh badan anda terapong-apong keluar dari badan
anda dan terus menuju kebelakang hingga masuk ke-bilik tayang (atau ‘projection
booth’) yang berada dipenghujung belakang panggung itu. Dengan itu anda
juga dapat melihat diri anda yang sedang duduk dikerusi panggung itu sedang
menonton gambar beku diri anda di skrin tayangan itu. Anda jangan kemana-mana
dan tetap berada di ’projection booth’ itu hingga anda diberi isyarat untuk
turun kembali. (Sekiranya latihan ini adalah untuk mengatasi fobia ketinggian,
anda boleh bayangkan yang anda hanya beredar keluar dari badan anda bergerak ke
10 barisan tempat duduk dibelakang anda sekarang. Ini dilakukan untuk
mengelak diri anda dari mengalami ketakutan ketinggian sekiranya anda melayang
keatas menuju bilik tayang itu.)
4.
Menonton Movie Anda.
a.
Sedang anda melihat diri
anda menonton diri anda sendiri di skrin itu, mula mainkan tayangan hitam-putih
anda, tayangan yang menggambarkan keadaan gerun/takut yang benar-benar berlaku
kepada anda, dan tonton sahaja diri anda yang melalui pengalamanan tersebut di
papar skrin itu. Teruskan menonton tayangan itu dari ‘projection booth’
ini hingga diri anda dalam tayangan anda ini sampai kepenghujung filem ini
dimana keadaan gerun/takut itu telah pun berakhir dan telahpun di limpasi, dan
anda sendiri tahu daripada tayangan anda ini yang diri anda telah semula berada
didalam keadaan selamat . Di saat ini, hentikan tayangan movie anda ini
dan terus bekukan frame movie ‘diri anda dalam keadaan selamat’
ini. Henti! Bekukan! Tunggu sebentar.
5.
Mainkan Movie Anda ’Reverse’.
a.
Sekarang anda gerakkan
atau layangkan diri anda keluar dari ’projection booth’ ini, terus bayangkan
anda masuk kedalam frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini di skrin
dihadapan panggung ini.
b.
Lalu anda dikehendaki,
didalam diri anda semasa itu, melihat dari mata anda sendiri suasana selamat
ini, mendengar segala bunyian dan kata-kata yang anda mendengar dan terdengar,
serta merasakan segala perasaan selamat dan tenang semasa berada dalam keadaan
frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini, rasakan kesemuanya,
nikmatilah perasaan keselamatan diri anda itu setinggi skala 8 atau 9 atau 10
(maxima), dan lalu anda dikehendaki memainkan movie pengalamanan anda
keseluruhannya kebelakang (’reversed’), dalam warna-warni, seperti keseluruhan
masa itu berjalan kebelakang dan anda merasa seperti disedut kebelakang dengan
amat pantas sekali, mungkin dalam 1 atau 2 saat, hingga anda tiba balik
kepermulaan movie anda ini. weeshweesh weeshweesh weeshweesh. Anda melalui kesemua pengalamanan anda
kebelakang, melihat kesemua keadaan bergerak ’gostan’, berkata-kata kebelakang,
bunyian bermain secara ’reversed’ dan semua gerak-geri dilihat dan dirasakan
bergerak pantas secara ’reversed’. weeshweesh weeshweesh weeshweesh
weeshweesh.
c.
Apabila anda telah tiba
dipermulaan movie anda ini, ’blank’ kan skrin gambar anda seketika ’poof’,
hilang, gelap, dan hitam. Anda terus gerakkan badan anda sambil berdiri
(betul betul berdiri), sambil mengambil nafas panjang dan goyang-goyangkan
tangan anda seperti orang hendak bangun dari kesedaran. Sudah?
d.
Kemudian ulangi langkah
5(b) dan (c) selama beberapa kali (5 hingga 7 kali), dan pada setiap kali
diulangi, movie ’reverse’ itu semakin lebih cepat dan pantas dari yang
sebelumnya. Teruskan.
6.
Periksa Balik - Uji.
a.
Sekarang, fikirkan
pengalamanan itu kembali, dan perhatikan baik-baik response diri anda pada
pengalamanan itu sendiri.
b.
Didalam fikiran anda
sekarang, berikan ’rating’ bagi perasaan gerun/takut anda dalam skala 1 hingga
10, yang mana 10 adalah perasaan takut yang tersangat (maxima). Kalau anda
merasa bahwa ’rating’ anda lebih dari 2, ulangi keseluruhan proses ini dengan
berhati-hati membuat tiap langkah itu dengan sepenuhnya.
c.
Uji diri anda dengan
hati-hati selepas proses ini, dengan mengambil berat tentang keselamatan diri
anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami fobia ketinggian, uji
ditempat tempat tertentu dengan menjaga keselamatan anda terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment