Tuesday, July 17, 2012
Sunday, June 10, 2012
TEKNIK TERAPI PANTAS PEMULIHAN FOBIA
Salam sukses & bahagia buat pengunjung www.kliniknlp.blogspot.com. Hari ini saya ingin berkongsi satu teknik terapi penyembuhan minda pantas dari laman http://transcend-n-actualise.page.tl/Phobia-_-Pemulihan-Pantas.htm .
Tekniknya adalah seperti berikut :-
Tekniknya adalah seperti berikut :-
1.
Keadaan Menakutkan.
a.
Ambil masa seminit untuk
memikirkan kembali satu keadaan yang membuat anda menjadi takut (mungkin mula
dengan ketakutan yang ala kadar dan tidak terlalu intense, sebagai latihan
permulaan anda).
b.
Mungkin keadaan anda
semasa membuat satu persembahan dihadapan ahli-ahli majlis pengarah, atau
mungkin anda sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan utama persekolahan
anda, atau mungkin anda hanya ingin membuat panggilan ‘sales’ anda ke bakal
pelanggan anda, atau apa saja keadaan atau suasana yang membuat anda gerun
takut.
2.
Panggung Tayangan Minda Anda.
a.
Sekarang, dalam
pandangan anda didalam pemikiran anda, bayangkanlah yang anda ini sedang duduk
didalam satu panggung wayang yang besar luas. Lihat lah diri anda terpapar
di skrin tayangan itu seperti satu gambar 'tidak bergerak', beku dan bukan
sebagai satu movie. Bayangkan diri anda di skrin itu sejurus (5 atau 15minit
sebelum ianya berlaku) sebelum anda mengalami satu adegan ketakutan anda itu,
yang kali pertama anda mengalaminya.
3.
'Keluar Dari Badan' Anda.
a.
Sekarang bayangkan yang
anda melayang keluar dari tubuh badan anda terapong-apong keluar dari badan
anda dan terus menuju kebelakang hingga masuk ke-bilik tayang (atau ‘projection
booth’) yang berada dipenghujung belakang panggung itu. Dengan itu anda
juga dapat melihat diri anda yang sedang duduk dikerusi panggung itu sedang
menonton gambar beku diri anda di skrin tayangan itu. Anda jangan kemana-mana
dan tetap berada di ’projection booth’ itu hingga anda diberi isyarat untuk
turun kembali. (Sekiranya latihan ini adalah untuk mengatasi fobia ketinggian,
anda boleh bayangkan yang anda hanya beredar keluar dari badan anda bergerak ke
10 barisan tempat duduk dibelakang anda sekarang. Ini dilakukan untuk
mengelak diri anda dari mengalami ketakutan ketinggian sekiranya anda melayang
keatas menuju bilik tayang itu.)
4.
Menonton Movie Anda.
a.
Sedang anda melihat diri
anda menonton diri anda sendiri di skrin itu, mula mainkan tayangan hitam-putih
anda, tayangan yang menggambarkan keadaan gerun/takut yang benar-benar berlaku
kepada anda, dan tonton sahaja diri anda yang melalui pengalamanan tersebut di
papar skrin itu. Teruskan menonton tayangan itu dari ‘projection booth’
ini hingga diri anda dalam tayangan anda ini sampai kepenghujung filem ini
dimana keadaan gerun/takut itu telah pun berakhir dan telahpun di limpasi, dan
anda sendiri tahu daripada tayangan anda ini yang diri anda telah semula berada
didalam keadaan selamat . Di saat ini, hentikan tayangan movie anda ini
dan terus bekukan frame movie ‘diri anda dalam keadaan selamat’
ini. Henti! Bekukan! Tunggu sebentar.
5.
Mainkan Movie Anda ’Reverse’.
a.
Sekarang anda gerakkan
atau layangkan diri anda keluar dari ’projection booth’ ini, terus bayangkan
anda masuk kedalam frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini di skrin
dihadapan panggung ini.
b.
Lalu anda dikehendaki,
didalam diri anda semasa itu, melihat dari mata anda sendiri suasana selamat
ini, mendengar segala bunyian dan kata-kata yang anda mendengar dan terdengar,
serta merasakan segala perasaan selamat dan tenang semasa berada dalam keadaan
frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini, rasakan kesemuanya,
nikmatilah perasaan keselamatan diri anda itu setinggi skala 8 atau 9 atau 10
(maxima), dan lalu anda dikehendaki memainkan movie pengalamanan anda
keseluruhannya kebelakang (’reversed’), dalam warna-warni, seperti keseluruhan
masa itu berjalan kebelakang dan anda merasa seperti disedut kebelakang dengan
amat pantas sekali, mungkin dalam 1 atau 2 saat, hingga anda tiba balik
kepermulaan movie anda ini. weeshweesh weeshweesh weeshweesh. Anda melalui kesemua pengalamanan anda
kebelakang, melihat kesemua keadaan bergerak ’gostan’, berkata-kata kebelakang,
bunyian bermain secara ’reversed’ dan semua gerak-geri dilihat dan dirasakan
bergerak pantas secara ’reversed’. weeshweesh weeshweesh weeshweesh
weeshweesh.
c.
Apabila anda telah tiba
dipermulaan movie anda ini, ’blank’ kan skrin gambar anda seketika ’poof’,
hilang, gelap, dan hitam. Anda terus gerakkan badan anda sambil berdiri
(betul betul berdiri), sambil mengambil nafas panjang dan goyang-goyangkan
tangan anda seperti orang hendak bangun dari kesedaran. Sudah?
d.
Kemudian ulangi langkah
5(b) dan (c) selama beberapa kali (5 hingga 7 kali), dan pada setiap kali
diulangi, movie ’reverse’ itu semakin lebih cepat dan pantas dari yang
sebelumnya. Teruskan.
6.
Periksa Balik - Uji.
a.
Sekarang, fikirkan
pengalamanan itu kembali, dan perhatikan baik-baik response diri anda pada
pengalamanan itu sendiri.
b.
Didalam fikiran anda
sekarang, berikan ’rating’ bagi perasaan gerun/takut anda dalam skala 1 hingga
10, yang mana 10 adalah perasaan takut yang tersangat (maxima). Kalau anda
merasa bahwa ’rating’ anda lebih dari 2, ulangi keseluruhan proses ini dengan
berhati-hati membuat tiap langkah itu dengan sepenuhnya.
c.
Uji diri anda dengan
hati-hati selepas proses ini, dengan mengambil berat tentang keselamatan diri
anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami fobia ketinggian, uji
ditempat tempat tertentu dengan menjaga keselamatan anda terlebih dahulu.
Thursday, May 17, 2012
Kuasa Rawatan Hipnoterapi & NLP
BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN ASAS HIPNOTERAPI
BULAN FEBRUARI 2012
(SUBJEK DI UJI KEKUATAN SUGESTI )
Salam sukses buat pengunjung kliniknlp.blogspot.com . Hari ini saya nak kongsikan berkaitan rawatan hipnoterapi yang masih lagi baru di Malaysia.
Hipnoterapi
adalah salah satu daripada cara atau teknik bagaimana pengawalan minda boleh
dilakukan. Ianya selamat digunakan dalam melakukan perubahan “kelakuan diri”, pengalaman secara terus dan
semulajadi, serta kunci asas kepada PERUBAHAN DIRI. Hipnoterapi menggunakan
percakapan secara terus ke minda separa
sedar bagi mengaktifkan potensi diri yang terpendam dan merangka semula
kelakuan diri baru. Ianya selamat digunakan bagi memprogram kembali kelakuan
diri (behavior) secara MUDAH dan PANTAS. Ilmu ini telah dipelajari secara ilmiah di luar negara lebih dari 200 tahun dahulu.
Kaedah hipnoterapi telah lama dipakai sejak dahulu lagi oleh pakar-pakar psikologi dan doktor di luar negara. Bapa hipnoterapi terkenal dunia adalah Milton H. Erikson. Kebanyakkan kaedah -kaedah terapi NLP juga berasaskan pada kajian mendalam terhadap tokoh-tokoh terapi terkemuka & tersohor dunia seperti Gestalt, Virginia Satir & Milton Erikson. Kaedah-kaedah terapi diri ini kemudian dimodellingkan oleh Richard Bandler & John Grinder dalam satu sesi terapi bersama klien mereka.
Menakjubkan ! Mereka menemui keputusan yang sama sepertimana 3 ahli terapi yang mereka kaji. Kesemua klien mereka yang dirawat didapati sembuh khususnya mereka yang menghidapi masalah berkaitan psikologi diri. (Guide To Trance-formation by Richard Bandler -Cd Hypnosis)
Insyallah, Kaedah Hipnoterapi ini amat penting untuk :-
1-PSIKOLOGI
& PERUBATAN
· * Mampu ubah MINDA
untuk lebih POSITIF & BERKEYAKINAN.
· * Hilangkan FOBIA,
TRAUMA, RASA TAKUT berlebihan.
· * Hilangkan tabiat
buruk seperti merokok, perjudian, alcohol & penagihan dadah
· *Mampu atasi rasa
bosan pada pasangan dll.
2- KESIHATAN
*Merawat
masalah kesulitan untuk tidur, insomnia, kencing malam, mimpi buruk atau
terbayang hal yan mennyeramkan ketika menutup mata.
· *Bantu
hilangkan rasa mual ketika makan.
· *Buang
tabiat merokok dll.
3- IBU BAPA UNTUK ANAK-ANAK
· *Bangkitkan
rasa percaya diri ketika berucap dikhalayak ramai.
· *Kikis
perasaan negatif seperti pemalu, penakut,terlalu manja, mudah menangis, rendah
diri.
· *Tingkatkan
prestasi pelajaran anak-anak.DLL.
Seorang pelajar yang sedang dihipnosis kerana menghidap masalah insomnia
Klien sedang diterapi menggunakan terapi NLP untuk atasi masalah komunikasi khalayak ramai.
UNTUK TEMUJANJI & RAWATAN SILA HUBUNGI HOTLINE 019-2044036.
MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
Friday, May 11, 2012
TERAPI DIRI NLP "BULATAN CEMERLANG DIRI"
LATIHAN INTERVANSI DIRI "NLP UNTUK GURU"
Corak Terapi NLP : Bulatan Kecemerlangan Diri (COE)
Objektif
Intervansi / terapi ini adalah :-
1-
Kenal pasti emosi-emosi yang dapat
mencemerlangkan diri yang pernah berlaku dalam minda individu.
2- Sedar bahawa dalam minda setiap individu
mempunyai gambaran-gambaran dan pengalaman tertentu samada dalam bentuk negatif
mahupun positif.
- - Mengubah state /
keadaan diri (emosi) individu dari tidak bermaya kepada bermaya, tingkatkan
keyakinan diri untuk capai apa yang diinginkan secara mudah, senang dan rileks.
Selalunya kaedah intervansi ini saya gunakan dalam latihan bagi meningkatkan semangat luar biasa para peserta, meningkatkan daya fokus tinggi dan mendalam pelajar saat belajar, meningkatkan keyakinan diri (self esteem) ditahap lebih optima dan sebagainya.
Pengalaman saya mengendalikan terapi minda pada 80 orang peserta remaja , 2 tahun lepas dalam sesi program SPIES Remaja amat memberikan kesan mendalam pada PERUBAHAN SIKAP & TINGKAHLAKU mereka. Teruja melihat perubahan diri mereka.
MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA
Emel : kurtman20@yahoo.com
(
Tuesday, May 1, 2012
TEKNIK TERAPI DIRI NLP "SWISH PATTERN"
CORAK TERAPI DIRI NLP : SWISH PATTERN
Corak swish adalah satu corak yang dicipta oleh Richard Bandler, menggunakan perubahan submodaliti kritikal untuk memprogram otak ke satu arah lain. Ia dapat membantu kita MENUKAR KELAKUAN dan TABIAT yang tidak kita ingini.
HASIL DARI GUNA KAEDAH TERAPI DIRI INI :-
1-Hasilkan imej diri yang baharu.
2-Tukar tabiat dan tingkahlaku negatif kepada positif.
3-Jana kelakuan positif dengan wujudkan arah baharu imej gambaran diri yang dibina melalui submodaliti ini.
4-Wujudkan momentum diri ke satu masa hadapan diri yang menarik dan amat diingini.
5-Ambil pilihan-pilihan baharu yang kita mahu untuk diri daripada hanya menukar kelakuan lama.
6-Ubah keadaan diri, kelakuan atau tabiat dan bukannya menukar kepercayaan.
* RAMAI ORANG DILUAR SANA TELAH DIPULIHKAN "MINDANYA" DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SWISH PATTERN. BAGI PELAJAR / ANAK / INDIVIDU YANG MENGHIDAP PENYAKIT KURANG KEYAKINAN DIRI, KEKANGAN DIRI TERLALU KUAT UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN PADA DIRI DLL, INSYALLAH...KAMI DAPAT BANTU ANDA UNTUK SELESAIKAN MASALAH ANDA SECARA CEPAT, PANTAS & BERKESAN.
Friday, April 27, 2012
SELAMAT DATANG KE KLINIK NLP
SALAM SEJAHTERA BUAT WARGA MALAYSIA.
Syabas dan tahniah kerana anda telah memasuki http://www.kliniknlp.blogspot.com/. Sebuah KLINIK MINDA NLP PERTAMA DI MALAYSIA.
APAKAH KEPAKARAN KAMI ?
Kepakaran kami adalah dalam bidang terapi psikologi diri dan minda. Hanya dalam masa kurang 3 jam anda akan rasa puas hati kerana dapat BUANG MASALAH MEROKOK, INSOMNIA, GUGUP BERKOMUNIKASI DIKHALAYAK RAMAI, TIADA KEYAKINAN DIRI, PRESTASI BELAJAR ANAK MERUDUM, FOBIA, TRAUMA dan masalah yang berkaitan PSIKOLOGI DIRI & MINDA.
KLINIK NLP ini diusahakan oleh PAKAR NLP anda iaitu Mr Mohd Mustaqiim Asmuji, Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA & Mr Khaeril Anuar , Certified NLP Master Practitioner NFNLP & Certified LAB Profile Practitioner SS. Canada
SIAPAKAH PAKAR MEKANIK MINDA ANDA ?
Mr Khaeril adalah seorang pengamal NLP bertauliah dari National Federation Of Neuro Linguistic Programming (NLP) berpusat di Florida US. Kepakaran beliau adalah MENYELESAIKAN MASALAH INDIVIDU melalui TELEFON & SMS. Beliau mempunyai kepakaran juga dalam bidang MERAMAL KELAKUAN MANUSIA MELALUI PERCAKAPANYA (LAB). Beliau telah melatih lebih 10,000 orang peserta seluruh Malaysia menggunakan teknologi sains minda NLP.
Mr Mohd Mustaqiim Asmuji adalah seorang Pengamal NLP bertauliah dari NFLP-USA. Berguru dibawah PAKAR NLP MALAYSIA iaitu Mat Taib Mat, Akademi NLP Malaysia. Kepakaran beliau adalah MENYELESAIKAN PERMASALAH REMAJA & PELAJAR melalui TEKNIK TERAPI MINDA yang UNIK, PANTAS & MUDAH. Ramai pelajar yag telah mendapatkan khidmatnya bagi ME"REFORMAT" kembali CARA MEREKA BERFIKIR & BERTINDAK. Beliau telah melatih lebih 10,000 orang peserta seluruh Malaysia dengan menggunakan teknologi sains minda NLP.
BAGAIMANA ANDA BOLEH DAPATKAN PERKHIDMATAN TERAPI INI ?
Langkah 1 : SMS nama anda ke 019-2044036 / 019-3897580 dan nyatakan apa yang anda hadapi.
Langkah 2 : Buat temujanji dengan ahli terapi.
Langkah 3 : Berjumpa ahli terapi pada tarikh yang ditetapkan oleh anda.
BAGAIMANA UNTUK KE KLINIK INI ? (LIHAT PETA LOKASI S.E.C)
BAGAIMANA DENGAN WAKTU TEMUJANJI ?
Waktu bekerja :
Hari Isnin - Jumaat ( 10.00 am - 05.00 pm)
Sabtu -Ahad (10.00am - 02.00pm)
SILA HUBUNGI HOTLINE 019-2044036 (MR MUS) & 019-3897580 (MR K).
EMEL : kurtman20@yahoo.com / kad@live.com
FB : Khaerilanuarnlp & mohd mustaqiim mohd mustaqiim
Subscribe to:
Posts (Atom)