Thursday, May 17, 2012

Kuasa Rawatan Hipnoterapi & NLP


 
BENGKEL SIJIL KEMAHIRAN ASAS HIPNOTERAPI
BULAN FEBRUARI 2012
(SUBJEK DI UJI KEKUATAN SUGESTI )

Salam sukses buat pengunjung kliniknlp.blogspot.com . Hari ini saya nak kongsikan berkaitan rawatan hipnoterapi yang masih lagi baru di Malaysia. 

Hipnoterapi adalah salah satu daripada cara atau teknik bagaimana pengawalan minda boleh dilakukan. Ianya selamat digunakan dalam melakukan perubahan “kelakuan  diri”, pengalaman secara terus dan semulajadi, serta kunci asas kepada PERUBAHAN DIRI. Hipnoterapi menggunakan percakapan secara terus  ke minda separa sedar bagi mengaktifkan potensi diri yang terpendam dan merangka semula kelakuan diri baru. Ianya selamat digunakan bagi memprogram kembali kelakuan diri (behavior) secara MUDAH dan PANTAS. Ilmu ini telah dipelajari secara ilmiah di luar negara lebih dari 200 tahun dahulu.

Kaedah hipnoterapi telah lama dipakai sejak dahulu lagi oleh pakar-pakar psikologi dan doktor di luar negara. Bapa hipnoterapi terkenal dunia adalah Milton H. Erikson. Kebanyakkan kaedah -kaedah terapi NLP juga berasaskan pada kajian mendalam terhadap tokoh-tokoh terapi terkemuka & tersohor dunia seperti Gestalt, Virginia Satir & Milton Erikson. Kaedah-kaedah terapi diri ini kemudian dimodellingkan oleh  Richard Bandler & John Grinder dalam satu sesi terapi bersama klien mereka.

Menakjubkan ! Mereka menemui keputusan yang sama sepertimana 3 ahli terapi yang mereka kaji. Kesemua klien mereka yang dirawat didapati sembuh khususnya mereka yang menghidapi masalah berkaitan psikologi diri. (Guide To Trance-formation by Richard Bandler -Cd Hypnosis) 

Insyallah, Kaedah Hipnoterapi ini amat penting untuk :-

1-PSIKOLOGI & PERUBATAN
·         * Mampu ubah MINDA untuk lebih POSITIF & BERKEYAKINAN.
·        *  Hilangkan FOBIA, TRAUMA, RASA TAKUT berlebihan.
·       * Hilangkan tabiat buruk seperti merokok, perjudian, alcohol & penagihan dadah
·    *Mampu atasi rasa bosan pada pasangan dll.

     2- KESIHATAN 
   *Merawat masalah kesulitan untuk tidur, insomnia, kencing malam, mimpi buruk atau terbayang hal yan mennyeramkan ketika menutup mata.
· *Bantu hilangkan rasa mual ketika makan.
· *Buang tabiat merokok dll.

     3- IBU BAPA UNTUK ANAK-ANAK
· *Bangkitkan rasa percaya diri ketika berucap dikhalayak ramai.
· *Kikis perasaan negatif seperti pemalu, penakut,terlalu manja, mudah menangis, rendah diri.
· *Tingkatkan prestasi pelajaran anak-anak.DLL.

             Seorang pelajar yang sedang dihipnosis kerana menghidap masalah insomnia

          Klien sedang diterapi menggunakan terapi NLP untuk atasi masalah komunikasi khalayak ramai.

UNTUK TEMUJANJI & RAWATAN SILA HUBUNGI HOTLINE 019-2044036.

MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

Friday, May 11, 2012

TERAPI DIRI NLP "BULATAN CEMERLANG DIRI"



LATIHAN INTERVANSI DIRI "NLP UNTUK GURU"

Corak Terapi NLP  : Bulatan Kecemerlangan Diri (COE)

Objektif Intervansi / terapi ini adalah  :-
1-      Kenal pasti emosi-emosi yang dapat mencemerlangkan diri yang pernah berlaku dalam minda individu.
2-    Sedar bahawa dalam minda setiap individu mempunyai gambaran-gambaran dan pengalaman tertentu samada dalam bentuk negatif mahupun positif.
-    - Mengubah state / keadaan diri (emosi) individu dari tidak bermaya kepada bermaya, tingkatkan keyakinan diri untuk capai apa yang diinginkan secara mudah, senang dan rileks. 

    Selalunya kaedah intervansi ini saya gunakan dalam latihan bagi meningkatkan semangat luar biasa para peserta, meningkatkan daya fokus tinggi dan mendalam pelajar saat belajar, meningkatkan keyakinan diri (self esteem) ditahap lebih optima dan sebagainya.  

       Pengalaman saya mengendalikan terapi minda pada 80 orang peserta remaja , 2 tahun lepas dalam sesi program SPIES Remaja amat memberikan kesan mendalam pada PERUBAHAN SIKAP & TINGKAHLAKU mereka. Teruja melihat perubahan diri mereka.

      MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
      Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA
      Emel : kurtman20@yahoo.com
(

    

Tuesday, May 1, 2012

TEKNIK TERAPI DIRI NLP "SWISH PATTERN"


CORAK TERAPI DIRI NLP : SWISH PATTERN


Corak swish adalah satu corak yang dicipta oleh Richard Bandler, menggunakan perubahan submodaliti kritikal untuk memprogram otak ke satu arah lain. Ia dapat membantu kita MENUKAR KELAKUAN dan TABIAT yang tidak kita ingini.


HASIL DARI GUNA KAEDAH TERAPI DIRI INI  :-

1-Hasilkan imej diri yang baharu.
2-Tukar tabiat dan tingkahlaku negatif kepada positif.
3-Jana kelakuan positif dengan wujudkan arah baharu imej gambaran diri yang dibina melalui submodaliti ini.
4-Wujudkan momentum diri ke satu masa hadapan diri yang menarik dan amat diingini.
5-Ambil pilihan-pilihan baharu yang kita mahu untuk diri daripada hanya menukar kelakuan lama.
6-Ubah keadaan diri, kelakuan atau tabiat dan bukannya menukar kepercayaan.

* RAMAI ORANG DILUAR SANA TELAH DIPULIHKAN "MINDANYA" DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SWISH PATTERN. BAGI PELAJAR / ANAK / INDIVIDU  YANG MENGHIDAP PENYAKIT KURANG KEYAKINAN DIRI, KEKANGAN DIRI TERLALU KUAT UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN PADA DIRI DLL, INSYALLAH...KAMI DAPAT BANTU ANDA UNTUK SELESAIKAN MASALAH ANDA SECARA CEPAT, PANTAS & BERKESAN.